Thursday, August 6, 2015

Buku Sains Kegemaran

Young People's Science Encyclopedia

Semasa saya masih berada di peringkat sekolah rendah (pada awal 70an), bapa saya telah membeli satu set encylopedia. Nama set tersebut ialah Young People's Science Encylopedia. Ia merupakan satu set yang sangat menarik, sesuai untuk murid-murid pada waktu itu. Harganya agak mahal, kalau tak silap saya ia dibayar secara ansuran. Tapi ianya merupakan satu 'pelaburan' yang sangat bermakna, kerana saya dan abang saya terus dipupuk untuk meminati sains.






Kulit depan encylopedia












Kulit belakang encylopedia










Kami sekeluarga sangat gembira. Perlu diingat pada waktu itu tiada wikipedia, tiada Internet, dan tiada banyak benda lagi kalau nak dibandingkan dengan apa yang kita ada sekarang! Buku ini diletakkan di ruang tamu sebagai satu showcase, dan kami selalu 'browse through' encylopedia ini.

Encylopedia ini mengandungi 20 'volume'. Volume 1 menghuraikan fakta atau konsep sains yang bermula dengan huruf 'A' dan Volume 19 menghuraikan fakta  atau konsep sains sehingga huruf 'Z'. Volume 20 merupakan satu panduan untuk ibubapa dan guru.





Volume 1











Volume 20









Salah satu bahagian yang menarik dalam buku ini ialah di setiap muka bersebelahan kulit belakang dan kulit belakang ada dipamirkan gambar lukisan para saintis terkenal, sebagai inspirasi dan sebagai pengenalan kepada penemuan atau pembaharuan yang dilakukan oleh saintis ini.
















Saya sangat berterima kasih kepada arwah bapa saya kerana telah membeli buku ini, kerana buku ini telah berjaya menarik minat saya untuk meminati dan menceburkan diri dalam bidang sains.

Buku ini merupakan satu nostalgia dan setiap kali saya balik kampung, saya akan sedikit sebanyak browse through untuk mengembalikan saya ke zaman kanak-kanak saya. 

Adakah anda mempunyai buku kegemaran semasa kecil? Kongsikan lah cerita anda.


Wednesday, July 29, 2015

Kenapa Belajar Sains!

Kenapa kita perlu belajar sains?

Ramai sering mempersoalkan kenapa kita perlu belajar sains, tak kira dari yang muda hingga ke yang tua. Berikut adalah beberapa pendapat, berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Nottingham Trent University


"Studying science will broaden your understanding of the world around you, may allow you to influence and develop accepted scientific knowledge, and will give you the skills needed to approach most matters in a reasoned and analytical manner." 
Dr Zac Sloman, Gatsby Business-Science Fellow, Nottingham (Subject: PhD Chemistry) 

Mempelajari sains membolehkan kita memahami dunia sekeliling, dan membantu kita membuat keputusan secara lebih rasional dan secara analisis.



“Science makes a positive impact on people’s lives. In many cases, Science saves lives. Scientists use their expertise to develop real solutions for real problems. Remedies for many of the challenges that face our world will be developed by researchers who devote their whole lives to the pursuit of Science.” 
Professor Neil T Gorman, Vice-Chancellor Nottingham Trent University.(Subject: Veterinary Science) 

Sains mempunyai kesan positif terhadap kehidupan. Sains boleh membantu menyelamatkan nyawa. Sains mampu menghasilkan penyelesaian kepada masalah. Sains membantu manusia menghadapi cabaran.



"Studying Science can help you to distinguish between fact and marketing ploys so you can make informed decision about buying new products yourself." 
Science student, Nottingham

Mempelajari sains membolehkan kita membezakan antara fakta dengan taktik pemasaran, bagi membantu kita membuat keputusan bijak semasa membeli sesuatu produk.

File:"Miracle Cure!" Health Fraud Scams (8528312890).jpg


"One of the best reasons for studying science is the wide variety of work it gives you access to. There is a shortage of Biomedical Scientists so there is little job competition here, I previously worked as a science teacher, again a shortage area. My science background can also get me involved in research and the strong academic challenges of a science degree make it applicable to other careers. Science can provide a career for life because even if you don’t want to stay in one area of science many careers are interchangeable with a little extra study, again this is how I changed from teaching to laboratory science by following a part-time one year course. Finally it is extremely interesting and has many layers of depth of understanding, I recommend it." 
Maggie Mulholland, Hospital biomedical scientist, Northampton (Subject: BSc Genetics) 


Dengan adanya lebih banyak pilihan pekerjaan yang menarik, sains mampu membantu kita membuat pilihan dalam bidang semasa melanjutkan pelajaran, dan juga bidang kerjaya yang sesuai untuk kita.

File:Medical Laboratory Scientist US NIH.jpg


"Studying science opens the students to a range of ways of thinking e.g. analysis of observations, spotting trends and patterns, as well as some mathematics and computation, in addition to the important practical laboratory work. Thus, the student can discover which ways of working (s)he is most suited to, and there is a chance for these to develop during the time at university. For this reason a science degree is a well established platform to a surprisingly wide range of careers outside science (e.g. accountancy, management, sales) as well as within science (research, teaching). A science degree leaves a student's options open as to what final career to choose, and can include work placements in industry, to give a flavour of the opportunities available." 
Professor John Wallis, Nottingham Trent University

Mempelajari sains melatih kita mendapatkan kemahiran contohnya kita mampu membuat pemerhatian, mengenalpasti trend dan corak, membuat pengiraan dan anggaran, serta menjalankan kerja secara lebih praktik, dan ini secara tidak langsung meluaskan lagi prospek kerjaya.

File:Thinking Man.jpg

“Studying science at university is a fantastic opportunity – not only do you get all the fun of being at university but there is a lot of state of the art equipment meaning you can study things that you couldn’t at school, you can focus in on the specific subject areas you find most interesting and a university education will lead on to a whole host of careers.” 

Elizabeth Hart, School's Activities Officer, Nottingham Trent University
(Subject: BSc Psychology) 

Mempelajari sains  di peringkat universiti membolehkan kita menggunakan peralatan canggih, membolehkan kita fokus kepada matapelajaran yang kita minat, seturusnya membantu kita mendapat kerjaya yang kita ingini.

File:Automated pipetting system using manual pipettes.jpg


"As a science graduate you will have honed some extremely transferable skills: 
Your ability to be analytical is vital in roles where important and complex decisions need to be made, your research skills will enable you to add value in new start up situations and project work. Finally your excellent numeric skills will give you confidence in situations where you need good commercial acumen and have to compete in a world run by accountants!" 
Kristina Lloyd, Recruitment and Selection Administrator, 
Human Resources, Nottingham Trent University

Sains membolehkan kita melengkapkan diri kita dengan kemahiran berfikir secara analitikal, kemahiran menjalankan kajian dan penyelidikan, dan kemahiran menggunakan nombor, lebih-lebih lagi dalam menghadapi dunia yang rata-rata mempunyai ketua yang biasanya terdiri daripada graduan bukan sains

File:Critical Thinking Skills Diagram.jpg

"I like being a scientist because everyday presents a new challenge. Being a scientist means you learn something new everyday."
Industrial researcher, Pharmaceutical Company, Nottingham

Saintis akan menhadapi cabaran baru setiap hari, membolehkan kita mempelajari sesuatu yang baru setiap hari.

File:Something New Party Logo.png

"The ‘wow’ factor and mystery of science never ceases to amaze me and by studying science, I now have a better understanding of the mystery but still haven’t lost the ‘wow’ factor." 
Postgraduate Science Student, Nottingham

Sains sentiasa ada sesuatu yang menarik (wow) dan sentiasa penuh dengan misteri. Dengan mempelajari sains, kita dapat memahami misteri tanpa mengurangkan rasa 'wow'.



 "I like the fact that during a tea break we can talk about football, Family Guy and the fundamentals of spectroscopy. The study of science has created well-rounded individuals who have the ability to analyse and question the things around us, and have the potential to improve the quality of life through the research they do. And forget the stereotype of the boring boffin - scientists are ordinary people who happen to do extraordinary things." 
Dr. Sam Tang, Public awareness Scientist, Nottingham.

Sains membolehkan kita menjadi individu yang lebih seimbang dan menyeluruh, mampu berfikir, menyoal, dan menjawab apa yang berlaku di sekeliling kita. Sains bukanlah membosankan, tetapi saintis merupakan orang biasa yang melakukan sesuatu yang luarbiasa.

File:Early flight 02561u (2).jpg

"Studying science teaches you how to question, investigate, report and communicate. 
These are all skills that you can use in any line of work." 
Postgraduate Student, Nottingham

Sains mengajar kita menyoal, menyiasat, melapur dan berkomunikasi. Ini adalah kemahiran yang perlu ada dalam apa jua bidang kerja.

File:Scientific Method 3.jpg
"'Why you should study science' - because you can methodologically carryout investigations, critically analyse the outcomes, and conclude the answers to ALL questions starting with 'WHY'." 
Dr. S.D.Sivasubramaniam, Lecturer in pharmacology, 
Melton Mowbray (originally from Sri Lanka)
(Subject: PhD Biomedical Sciences) 

Sains membolehkan kita menjalankan penyiasatan, membuat analisis secara kritikal, dan memberi jawapan kepada SEMUA soalan yang bermula dengan perkataan KENAPA.

File:NASA LRC Materials Research Lab.jpg

Bahan rujukan...

http://www.ntu.ac.uk/cels/outreach/Careers/Reasons/38749gp.html

Thursday, May 28, 2015

Kenapa Saya Meminati Sains!

Kisah Saintis...

Sekiranya anda melihat buku teks mata pelajaran sejarah sekolah rendah pada tahun awal 70an, anda akan dapati terdapat banyak kisah-kisah sains. Pada masa itu mata pelajaran sejarah lebih dikenali sebagai tawarikh (ingat...bukannya terawih!). 

Kisah para saintis (dan juga pencipta) terkenal memang menjadi paparan utama, kalau tak silap saya pada waktu Darjah 5. Kami dihidangkan antara lain dengan cerita tentang Edward Jenner yang menjumpai teknik vaccination untuk penyakit cacar (small pox) iaitu satu penyakit yang boleh membawa maut, kisah Louis Pasteur yang menjumpai teknik pempastueran (membolehkan susu tahan lebih lama), dan juga kisah Alexander Fleming yang menemui anti-biotik. 














Edward Jenner














Louis Pasteur














Alexander Fleming



Begitu juga dengan kisah Wilhelm Roentgen (X-ray) dan Marie Curie (Radium). Kisah-kisah sebegini sebenarnya telah mampu memberikan inspirasi kepada saya untuk meminati bidang sains.














Wilhelm Roentgen














Marie Curie



Begitu juga dengan kisah para pencipta seperti Alexander Graham Bell (telefon), Gugleilmo Marconi (perhubungan tanpa wayar), John Boyd Dunlop (tayar 'berudara') dan Thomas Alva Edison (lampu elektrik). Kisah para pencipta ini masih lagi segar di ingatan saya sehingga kini walaupun ianya sudah berlalu selama lebih 40 tahun! 














Alexander Graham Bell














Guglielmo Marconi














John Boyd Dunlop














Thomas Alva Edison



Saya agak hairan kenapa kisah para saintis dan pencipta ini tidak lagi diceritakan kepada pelajar-pelajar kita. Sebenarnya kisah-kisah sebegini mampu memberikan motivasi kepada generasi muda kita untuk menjadi lebih kreatif dan innovatif.

Saya bukan sahaja didedahkan kepada semua cerita menarik ini di peringkat sekolah rendah, tetapi pengukuhan selanjutnya telah diberikan semasa saya di sekolah menengah rendah (kalau tak silap saya semasa Tingkatan 2). Pada masa ini kami telah didedahkan tentang Revolusi Perusahaan yang berlaku dengan pesatnya terutamanya di Eropah, dengan penciptaan enjin wap dan enjin pembakaran dalam, begitu juga dengan penggunaan 'assembly line' oleh Henry Ford untuk pemasangan kereta Ford Model T.














Henry Ford



Sayangnya cerita-cerita sejarah saintis dan pencipta ini tidak lagi wujud di peringkat sekolah. Walaupun cerita-cerita ini mungkin tidak banyak memupuk semangat patriotism atau cintakan negara, tetapi bagi saya ianya penting untuk memupuk sikap saintifik, sikap ingin tahu, daya kreativiti dan semangat innovatif di kalangan generasi muda.

Wajarkah ianya diperkenalkan semula? Apa pendapat anda...


Thursday, May 21, 2015

Blog Untuk Guru Sains

Salam sejahtera!

Ini ialah sebuah blog yang disediakan khas untuk para guru sains.

Guru sains masa kini menghadapi banyak cabaran. Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutama sekali dalam bidang digital merupakan sesuatu yang perlu di harungi oleh semua guru sains. Cara kita belajar sains dahulu dengan cara kita mengajar sains pada masa ini amat jauh berbeza. 

Dalam blog ini saya akan berkongsi pengalaman saya sebagai seorang guru sains, seorang pembangun kurikulum sains dan juga pengalaman saya dalam dunia pembelajaran sains tidak formal. Tak lupa juga pengalaman saya semasa saya mempelajari sains...dari seorang budak kampung di utara Semenanjung pada tahun 70an sehinggalah semasa saya belajar di universiti seberang laut di awal 80an.

Dalam blog ini juga saya akan cuba berkongsi pengetahuan tentang sejarah dan perkembangan sains, apa itu kemahiran saintifik, apakah pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran sains, kisah kisah menarik sains, dan juga konsep mempelajari sains di luar bilik darjah.

Saya ingin memulakan perkongsian dengan mengimbau kembali saat saya mempelajari sains di sekolah rendah. Buat masa ini kita sibuk memperkatakan tentang inquiry based learning. Sebenarnya ini bukanlah perkara baru. Konsep pembelajaran secara inquiry ini memang telah lama wujud di negara kita. Salah satu bukti yang nyata ialah dari segi tajuk buku teks sains yang saya gunakan semasa saya di sekolah rendah iaitu diakhir tahun 60an dan awal 70an. Tajuk buku teks terbitan FEP (Far Eastern Publishing) tersebut ialah seperti berikut.

Science Standard 1     Science is Observing
Science Standard 2     Science is Inquiring
Science Standard 3     Science is Finding Out
Science Standard 4     Science is Exploring
Science Standard 5     Science is Experimenting
Science Standard 6     Science is Recording

Sekiranya kita mengkaji perkataan Observing, Inquiring, Finding Out, Exploring, Experimenting dan Recording kita dapati terdapat unsur-unsur kemahiran proses sains, penyiasatan, menjalankan ujikaji, dan juga komunikasi sains...iaitu topik hangat pendidikan sains masa kini!